About Me

My photo
BANDAR MELAKA, MELAKA, Malaysia
assalammualaikum pada anda semua... semoga ukhuwah terjalin erat mesra antara kita semua... WILAYAH STRAWBERRY ARAICO SELAMANYA

Monday, November 9, 2009

cikgu sengal

Sebagai seorang cikgu pelatih, saya
telah ditugaskan untuk mempraktikkan
ilmu yang telah dipelajari di sebuah
sekolah diluar bandar. Untuk sementara
waktu, saya telah menyewa sebuah ruangan
di atas sebuah rumah milik keluarga
islam, yang juga kenalan lama ayah saya.
pun begitu, saya tidak begitu mengenali
ahli2 keluarga dalam rumah ni,
maklumlah, saya ni mmg pemalu orangnya.

Nak dijadikan cerita, pada suatu pagi
yang hening, sedang saya bersiap2 untuk
pergi mengajar, tiba2 kedengaran suara
bising2 dari ruangan bawah rumah.
seperti orang yang sedang bergaduh. saya
cuba menangkap perbualan mereka dan
tahulah saya bahawa si ibu dengan si
anak sedang bertengkar.

si ibu: TIDAK!!! Mak tidak akan benarkan
kau pakai baju kurung dan
bertudung ke sekolah. mak tidak
akan izinkan!!

Anak: Tapi mak, saya tetap nk pakai baju
kurung dan bertudung ke sekolah.
kawan2 saya pun semua dah
berubah. saya pun mahu berubah mak.

si ibu: Kawan2 kau yang mane? cube ko
ckp kat mak, kawan2 ko yang mane?!
kalau diorang nak berubah,
lantak la diorang, tapi maka xkan izinkan ko
pakai kurung dan bertudung ke
sekolah. MAK HARAMKAN!!!

Saya yang mendengar perbualan mereka
dari atas terkedu. Saya menjadi marah
dengan tindakan si ibu. sedarkah si ibu
tentang ape yang dicakapkan nya itu?
dengan perasaan yang membara, saya pun
turun ke bawah, dengan niat untuk
menegur perbuatan si ibu.

Setelah mengetuk pintu, saya cuba
berlagak 'cool', konon ingin menegur si
ibu dengan cara yang berhemah. Tapi,
tatkala pintu terbuka dan terpacul wajah
si ibu di muka pintu, tiba2 saya naik
darah. benci betul saya melihat wajah
manusia yang sebegini. tapi saya tetap
tersenyum walaupun saya tahu senyuman
saya pada pagi itu tidak seindah biasa.

si ibu: Ye, ade ape nak? ade ape2 yang
boleh makcik bantu?

Saya: (dengan suara yang menahan marah)
Tadi saya terdengar perbualan
makcik dgn anak makcik dari
atas. Jadi, saya disini nak tegurla,
bukannye
ape, kita ni kan Islam, ape la
salahnye kalau anak makcik tu nak
berpakaian yang menutup aurat.
Kenapa pula makcik nak menghalang niat
baik anak makcik tu? Kan lebih
baik...

Belum sempat saya habiskan ceramah dan
pidato saya, tiba2 saje makcik tu meluru
masuk ke dalam rumahnya. dalam hati saya
marah2 kerana ternyata makcik ni dah
gelap hatinya. tapi sangkaan saya
meleset kerana selang 35 saat kemudian,
dia keluar semula dan membawa anaknya
tadi. Saya terdiam dan terkesima..

si ibu: Ini lah anak makcik yang nak
berkurung dan bertudung tadi, nama dia
MOHD. ADAM SALLEH!!

anak: Mak ni, kan baper kali dah orang
ckp panggil kite Hawa, mak ni, x
sporting la..

Saya yang tadinya turun dengan perasaan
membara kini bertukar perasaan menjadi
perasaan malu yang teramat. Patutla
makcik tadi x bagi anaknya memakai baju
kurung dan bertudung, rupanya anaknya
itu LELAKI...

moral: Siasat dulu sebelum terjah, kan
dah malu..

No comments:

Post a Comment